Kepentingan Udara, Air dan Cahaya Matahari
Perpustakaan Desa Kaki Bukit sering melakukan pelbagai aktiviti dalam usaha dalam membentuk kreativiti dan semangat kerja berpasukan di kalangan kanak-kanak. Menurut Pembantu Perpustakaan, Suzilawati Mohd Salleh, antara aktiviti yang diadakan seperti membuat rama-rama, membuat rumah 3D, eksperimen sains, membuat mahkota dan membuat arnab. Seramai 10 orang kanak-kanak Tadika GBBM telah membuat lawatan ke Perpustakaan Desa Kaki Bukit pada 7 April 2011 yang lalu. Suzilawati memberitahu lawatan ini diadakan bagi memperkenalkan kanak-kanak Tadika akan fungsi dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan.
Pada hari yang sama, perpustakaan telah mengadakan aktiviti membuat rama-rama cantik. Setiap peserta diberikan sekeping kertas berbentuk rama-rama. Mereka dikehendaki meletakkan warna-warna yang disukai di atas kertas tersebut. Kemudian kertas yang telah diletakkan warna tersebut di lipat dan ditekan agar warna-warna tadi bercampur di antara satu sama lain. Kanak-kanak begitu teruja ketika membuka kertas rama-rama tersebut kerana warna yang diletakkan pada permulaan proses telah bercampur dan menghasilkan corak yang menarik.
Selain itu, perpustakaan juga telah mengadakan satu eksperimen sains yang disertai seramai 11 orang kanak-kanak pada 13 Mac 2011 yang lalu. Peralatan seperti bekas plastik, kapas, gunting dan kacang hijau telah disediakan oleh pihak perpustakaan. Suzilawati berkata, eksperimen sains ini diadakan bertujuan untuk mengkaji keperluan asas tumbuhan iaitu cahaya matahari, udara dan air. Para peserta dikehendaki memasukkan kapas ke dalam bekas. Kemudian direnjiskan air agar kapas tersebut basah. Seterusnya beberapa biji kacang hijau diletakkan di atas kapas yang lembap tadi dan diletakkan di bawah sinar cahaya matahari.Pada hari yang sama, perpustakaan telah mengadakan aktiviti membuat rama-rama cantik. Setiap peserta diberikan sekeping kertas berbentuk rama-rama. Mereka dikehendaki meletakkan warna-warna yang disukai di atas kertas tersebut. Kemudian kertas yang telah diletakkan warna tersebut di lipat dan ditekan agar warna-warna tadi bercampur di antara satu sama lain. Kanak-kanak begitu teruja ketika membuka kertas rama-rama tersebut kerana warna yang diletakkan pada permulaan proses telah bercampur dan menghasilkan corak yang menarik.
Menurut Suzilawati lagi, para peserta hendaklah memastikan kapas tersebut sentiasa lembap sepanjang eksperimen dijalankan. Kanak-kanak kelihatan begitu gembira apabila melihat kacang hijau mereka mula bercambah pada hari yang kelima. Mereka berasa begitu teruja kerana tidak menyangka dari sebiji kacang hijau akan bercambah menjadi sayur tauge. Secara tidak langsung aktiviti yang diadakan ini dapat memberi idea kepada kanak-kanak bagaimana tumbuhan memerlukan cahaya, air dan udara untuk hidup sama seperti manusia juga.
(KK9: 26 April 2011 – Oleh: Alina Zaireen Ismail)
1 ulasan:
perkongsian ilmu bersama.
Catat Ulasan