Eksperimen 'Corong Kedap Udara'
Hari ini saya cuba eksperimen ‘Corong Kedap Udara’. Perkakas yang diperlukan ialah botol, plastisin, corong, air dan water color.
Perkakas untuk eksperimen ''Corong Kedap Udara''
Sebelum mengeksperimen, cuba bayangkan pengalaman ini. Pernahkah anda selamkan kepala ke dalam air? Kenapa air tak masuk ke dalam telinga. Eksperimen ini boleh memberikan bayangan jawapan.
Eksperimen dan pemerhatian :-
Tuang air ke dalam corong.
Air mengalir terus melalui corong dan masuk ke dalam botol.
Keluarkan air dari botol.
Lekatkan plastisin di sekeliling mulut botol.
Ulang eksperimen.
Hanya sedikit air yang masuk ke dalam botol.
Yang lainnya tersekat di dalam corong.
|
Apa yang menyekatnya? Sebabnya, celah di antara mulut botol dengan muncung corong telah ditutup dengan plastisin. Jadi, udara terperangkap didalam botol. Hanya sedikit air sahaja yang masuk ke dalam botol.
Zarah-zarah udara berada jauh di antara mereka. Jadi, apabila air masuk ke dalam botol, ia menolak zarah-zarah udara supaya semakin hampir sesama mereka. Ini menyebabkan tekanan udara menjadi lebih tinggi daripada normal. Sampai tahap tertentu, jarak antara zarah udara menjadi sangat rapat. Ini menjadikan tekanan udara sangat-sangat tinggi dari normal. Ini menyebabkan air tersekat di muncung corong.
Cara untuk pecahkan sekatan terhadap air? Ada dua cara.
Cara pertama, kita buka plastisin.
|
Kedua, kita masukkan straw ke dalam botol melalui corong. Melalui kedua-dua cara ini, udara yang bertekanan lebih tinggi di dalam botol akan keluar menuju ke kawasan udara yang bertekanan lebih rendah (normal). Sebabnya, udara dan lain-lain makhluk Allah sentiasa akur dengan peraturan yang telah ditetapkan iaitu wujud dalam keadaan seimbang (lain pula dengan segelintir kecil manusia yang suka keadaan tak seimbang. Contohnya, hubungan sejenis… sekadar mencelah). Jadi, dapatlah air yang lebih tumpat masuk ke dalam botol sambil menolak udara keluar.
Ruang dalam telinga kita ada udara. Apabila kita selam kepala dalam air, air masuk ke dalam telinga sehinggalah ia tertahan oleh udara. Ini adalah salah satu fenomena yang saya rasai, anda juga ada merasainya. Setiap kejadian itu adalah sumber pembelajaran dan pengajaran kepada kita.
Oh ya, bercakap mengenai keseimbangan dalam perenggan 5 tadi, firman Allah,
“Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah
CREDIT TO:
CEO Salleha&Writers, Pegawai Meteorologi Jabatan Meteorologi Malaysia, Penyampai Cuaca RTM1. Berpengalaman 5 tahun mencipta dan menulis modul sains yang berasaskan Fizik untuk tahap pendidikan prasekolah, KBSR dan KBSM. Trainer cum facilitator untuk bengkel guru sekolah rendah dan menengah dan bakal guru. Trainer cum facilitator untuk program sains prasekolah, KBSR dan KBSM