THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 31 Disember 2011

eksperimen udara : corong kedap udara.


Eksperimen 'Corong Kedap Udara'

Hari ini saya cuba eksperimen ‘Corong Kedap Udara’. Perkakas yang diperlukan ialah botol, plastisin, corong, air dan water color. 



                                     Perkakas untuk eksperimen ''Corong Kedap Udara''



Sebelum mengeksperimen, cuba bayangkan pengalaman ini. Pernahkah anda selamkan kepala ke dalam air? Kenapa air tak masuk ke dalam telinga. Eksperimen ini boleh memberikan bayangan jawapan.  

Eksperimen dan pemerhatian :-



Tuang air ke dalam corong.
Air mengalir terus melalui corong dan masuk ke dalam botol.

Keluarkan air dari botol.
Lekatkan plastisin di sekeliling mulut botol.

Ulang eksperimen.

Hanya sedikit air yang masuk ke dalam botol. 

Yang lainnya tersekat di dalam corong. 

Apa yang menyekatnya? Sebabnya, celah di antara mulut botol dengan muncung corong telah ditutup dengan plastisin. Jadi, udara terperangkap didalam botol. Hanya sedikit air sahaja yang masuk ke dalam botol.

Zarah-zarah udara berada jauh di antara mereka. Jadi, apabila air masuk ke dalam botol, ia menolak zarah-zarah udara supaya semakin hampir sesama mereka. Ini menyebabkan tekanan udara menjadi lebih tinggi daripada normal. Sampai tahap tertentu, jarak antara zarah udara menjadi sangat rapat. Ini menjadikan tekanan udara sangat-sangat tinggi dari normal. Ini menyebabkan air tersekat di muncung corong.  

Cara untuk pecahkan sekatan terhadap air? Ada dua cara.



Cara pertama, kita buka plastisin.
Kedua, kita masukkan straw ke dalam botol melalui corong. Melalui kedua-dua cara ini, udara yang bertekanan lebih tinggi di dalam botol akan keluar menuju ke kawasan udara yang bertekanan lebih rendah (normal). Sebabnya, udara dan lain-lain makhluk Allah sentiasa akur dengan peraturan yang telah ditetapkan iaitu wujud dalam keadaan seimbang (lain pula dengan segelintir kecil manusia yang suka keadaan tak seimbang. Contohnya, hubungan sejenis… sekadar mencelah). Jadi, dapatlah air yang lebih tumpat masuk ke dalam botol sambil menolak udara keluar.

Ruang dalam telinga kita ada udara. Apabila kita selam kepala dalam air, air masuk ke dalam telinga  sehinggalah ia tertahan oleh udara. Ini adalah salah satu fenomena yang saya rasai, anda juga ada merasainya. Setiap kejadian itu adalah sumber pembelajaran dan pengajaran kepada kita.

Oh ya, bercakap mengenai keseimbangan dalam perenggan 5 tadi, firman Allah,

“Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah









CREDIT TO:

CEO Salleha&Writers, Pegawai Meteorologi Jabatan Meteorologi Malaysia, Penyampai Cuaca RTM1. Berpengalaman 5 tahun mencipta dan menulis modul sains yang berasaskan Fizik untuk tahap pendidikan prasekolah, KBSR dan KBSM. Trainer cum facilitator untuk bengkel guru sekolah rendah dan menengah dan bakal guru. Trainer cum facilitator untuk program sains prasekolah, KBSR dan KBSM

slide show - laporan


Laporan Lawatan
Siti roshidayu bt mo hd daud .
Noor nazurah
Nirosha . 

Laporan 
Lawatan Ke Zoo Negara
Pengenalan
Rasional pemilihan tempat lawatan
Persediaan awal (survey maklumat tempat/lokasi/peta, harga tiket, waktu operasi dll)
Sekitar lawatan (aktiviti yang dilakukan, fakta-fakta dan maklumat tentang Sains yang diperolehi)
Rancangan Pengajaran Harian
Pengalaman menarik sepanjang tugasan
Penutup/kesimpulan
(15-20 mukasurat, tidak termasuk gambar & lampiran)

Peta Zoo Negara

Pintu masuk :

PERSEDIAAN AWAL
Maklumat tempat:
Harga tiket :
ØDewasa : RM 20.
ØKanakkanak : RM 10.
Waktu operasi :
Ø9.00 a.m – 5.00 p.m
 
Aktiviti yang dilakukan :
Mengkaji kura-kura, ular dan katak
mengenal pasti hidupan hidup di air dan darat
melihat haiwan-haiwan dengan lebih dekat
mengenal haiwan-haiwan yang semakin pupus dan terancam
dapat peluang melihat haiwanhaiwan diberi makan oleh staf-staf zoo negara
mengambil gambar haiwan-haiwan yang terdapat di dalam zoo
mendengar bunyi dari haiwan.contoh seperti bunyi harimau mengaum
mengenal pasti makanan yang dimakan haiwan

Maklumat 
yang 
diperolehi :
Kura-kura :
Hidup di air dan di darat
Masa berjalan adalah lambat
Reptilia bertulang belakang
Memakan tumbuh-tumbuhan
Kura-kura terbahagi kepada 3 jenis iaitu penyu, kura-kura dan kura-kura terrapin
Penyu (turtle) - yang kebanyakannya hidup dalam air
Mempunyai cengkerang yang keras di atas badannya. Ia bertujuan untuk menyembunyikan diri di dalam cengkerang sekiranya berlaku ancaman dari musuh-musuh luar.
Kura-kura (tortoise) – yang hanya hidup di darat dan tidak mempunyai selaput renang.
Kura-kura terrapin - yang boleh hidup di darat dan air. 
Kura-kura bernafas melalui paru-paru yang terdapat di bawah cengkerangnya dan ada kura-kura tertentu yang mempunyai alat tambahan pernafasan lain.
Haiwan bersisik ini hidup di padang rumput, laut, sawah, sungai dan danau. Ada beberapa jenis yang hidup di gurun dan mempunyai sedikit air. 
Makanan kura-kura adalah tumbuhan yang hidup dalam air.
Walaupun tanpa gigi, tulang keras di muncungnya dapat mematahkan apa sahaja.
Terdapat juga kura-kura gergasi iaitu yang ke dua terbesar di asia
Membiak denngan cara bertelur.
Umur kura-kura boleh menjangkau sehingga 150 tahun.



Ular :
Reptilia tidak berkaki.
Bersisik.
Berbisa.
Berdarah sejuk dan bertelur
Bisa yang boleh membawa kepada maut.
Makanannya ialah tikus, katak dan serangga
Menyalin kulit sebulan sekali



Katak :
Mempunyai kulit agak lembap
Membiak secara bertelur
Memakan serangga dan lalat.
Mempunyai selaput pada kaki dan tangan
Ada spesis beracun



Rancangan pembelajaran harian.
( kurang lengkap )
* perlu rujukan lain/ pengubahsuaian

 


Pengalaman menarik sepanjang tugasan :
q Dapat melihat pertunjukkan haiwan ( burung, singa laut  )
qDapat melihat pelbagai jenis haiwan dengan lebih dekat.
qDapat meneroka jenis dan habitat semua haiwan yang terdapat dalam zoo.


Penutup /  kesimpulan :
vPelbagai pengalaman baru diperolehi.
vBerpeluang melihat pelbagai jenis haiwan yang belum pernah dilihat sebelum ini.
vMengenal cara pergerakan haiwan dan cara haiwan makan.
vMeneroka alam haiwan.